‘’UMNO hanya mahu mendapat mandat baru rakyat’’ – Tok Mat Hasan

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO hanya mahu mendapatkan mandat baru daripada rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) bagi menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Sambil menegaskan terserah kepada Kerajaan untuk menentukan bila ia patut diadakan, Mohamad berkata, UMNO berpandangan agar PRU ke-16 diadakan lebih awal tanpa perlu menunggu penggalnya tamat.

Katanya, rakyat perlu diberikan peluang untuk menentukan kerajaan dan hala tuju politik negara menerusi pilihan raya.

“Sekarang dah lebih daripada tiga tahun (sejak penggal semasa bermula). Biasanya mood untuk buat menggerakkan pilihan raya itu memang selalunya selepas tiga tahun. Sama ada nak dibuat atau tidak, itu terpulanglah, kerana parti politik akan sentiasa mahu mengambil mandat yang baru daripada rakyat.

“UMNO sebagai salah sebuah parti politik yang juga mempunyai kepentingan dalam politik tanah air, kita nak supaya kita mendapat mandat baru daripada rakyat ataupun pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikikan kepada pemberita ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur.

Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata,  pandangan supaya PRU dipercepatkan perlu dilihat dalam konteks keperluan mendapatkan mandat rakyat bagi membentuk kerajaan yang mempunyai hala tuju jelas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here