Inilah ciri-ciri baharu MyKad Generasi Baharu

MYKAD Generasi Baharu kini tampil dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi baharu bagi meningkatkan perlindungan identiti serta mengukuhkan tahap keselamatan kad pengenalan rakyat Malaysia.

MyKad Generasi Baharu mempunyai 53 ciri keselamatan fizikal, selain dilengkapi teknologi NFC yang membolehkan cip dibaca secara kontak dan tanpa sentuhan (contactless).

Antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah:

1. Transparent Window
Ciri keselamatan lutsinar yang membantu meningkatkan perlindungan MyKad daripada pemalsuan.

2. Kod QR
Menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan.

3. Hologram Keselamatan Dinamik
Memaparkan imej tiga dimensi yang berubah mengikut sudut pandangan dan pencahayaan.

4. Ultra Ungu
Elemen keselamatan tertentu hanya dapat dilihat apabila MyKad disinari cahaya ultra ungu.

5. Corak Gilosh
Corak keselamatan halus yang menjadikan MyKad lebih sukar untuk dipalsukan.

6. Micro Text
Tulisan bersaiz sangat halus yang dapat dilihat dengan lebih jelas menggunakan kanta pembesar.

7. Lapisan Polikarbonat
Bahan yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia, sekali gus menjadikan MyKad lebih kukuh dan tahan lama.

Selain ciri keselamatan fizikal, teknologi NFC pada MyKad Generasi Baharu membolehkan cip dibaca secara kontak dan tanpa sentuhan.

Penambahbaikan itu menjadikan MyKad Generasi Baharu bukan sekadar dokumen pengenalan, malah satu instrumen penting dalam melindungi identiti rakyat serta menyokong keperluan pengesahan



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here