NS360: Membina Negeri Sembilan lebih terhubung, digital dan lestari

EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Siow Kong Choon berkata, beliau  percaya Negeri Sembilan memerlukan pendekatan baharu dalam pentadbiran iaitu  pendekatan yang bukan sekadar menyelesaikan keperluan hari ini, tetapi turut membina asas kukuh untuk menghadapi cabaran masa depan.

Sehubungan itu beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam mengemukakan NS360 – Connected, Digital & Sustainable State (lebih terhubung,digital,lestari)

‘’Ia adalah satu gagasan untuk menjadikan Negeri Sembilan lebih stabil, maju dan makmur melalui pentadbiran yang lebih cekap, berintegriti dan dekat dengan rakyat,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Kong Chon berkata,  NS360 berteraskan empat fokus utama iaitu Pertama, memperkukuh kestabilan kewangan dan integriti melalui pengurusan hasil, tunggakan, perbelanjaan dan tadbir urus yang lebih telus serta berkesan.

Teras kedua kata beliau yang juga ADUN Chennah,  mentransformasikan budaya kerja PBT supaya lebih pantas, cekap, responsif dan berorientasikan penyelesaian. Rakyat tidak seharusnya berdepan birokrasi yang melambatkan urusan mereka.

‘’ Teras ketiga, memperkasa sektor pelancongan, khususnya menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan, dengan memastikan aspek kebersihan, keceriaan, landskap, promosi dan pengalaman pelancong diberikan perhatian menyeluruh.

‘’Manakala  teras keempat, menubuhkan Think Tank PBT Negeri Sembilan sebagai wadah menghimpunkan kepakaran, idea dan inovasi bagi mencari penyelesaian terhadap cabaran hasil, kos, teknologi dan pentadbiran,’’ katanya.

Beliau berkata,  natlamat akhirnya adalah jelas rakyat mesti merasai manfaatnya dan menegaskan NS360 bukan sekadar slogan.

‘’Ia adalah komitmen untuk membina pentadbiran yang lebih moden, cekap dan lestari demi Negeri Sembilan hari ini dan generasi akan datang,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here