Muazzin Masjidilharam Sheikh Ibrahim Al-Madani meninggal dunia

MUAZZIN  Masjidilharam, Sheikh Ibrahim bin Adel Hamzah Al-Madani  meninggal dunia di Mekah hari ini dalam usia 49 tahun.

Allahyarham terkenal dalam kalangan jemaah dengan laungan azan Subuh yang merdu dan menyentuh jiwa.

Sheikh Ibrahim dilahirkan di Madinah pada tahun 1977 Masihi (1397H) dan membesar dalam keluarga yang taat beragama. Datuk sebelah bapanya merupakan seorang penghafal al-Quran dan banyak mempengaruhi perjalanan hidup Allahyarham sejak kecil.

Kecintaan Allahyarham terhadap azan bermula seawal usia 15 tahun ketika mula melaungkan azan di masjid kejiranan di Madinah. Allahyarham berkhidmat secara bergilir-gilir bersama tiga jirannya sehingga tamat pengajian di kolej, sebelum berhenti seketika kerana komitmen mengajar di luar Madinah.

Pada tahun 2008 Allahyarham beliau dijemput kembali untuk berkhidmat sebagai muazzin di Masjid Al-Maddah. Khidmat Allahyarham di sana berterusan sehingga dilantik sebagai  muazzin Masjidilharam  pada Oktober 2017.

Dibesarkan di Madinah, beliau sangat terpengaruh dengan aliran dan gaya azan Madinah. Dalam masa yang sama, Allahyarham turut mempelajari gaya azan Mekah yang tersendiri ketika kunjungan ke Mekah bersama bapanya, di mana Allahyarham sempat bertemu dengan Allahyarham Sheikh Abdul Latif Mulla, bekas Muazzin Masjidil Haram yang juga sahabat kepada datuknya.

Allahyarham memiliki kelayakan akademik dalam bidang Pengajian Al-Quran. Jenazah disolatkan di Masjidilharam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here