PN  tak setuju asas tindakan ROS – Takiyuddin

PERIKATAN Nasional yang tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberi notis tunjuk sebab dan menggantung kegiatan gabungan itu.

Sehubungan itu Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan tersebut sedang mengambil langkah-langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia demi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangannya yang didokong oleh ahli-ahli dan penyokongnya.

‘’PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengesahkan, PN menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 bagi maksud Pendaftar Pertubuhan (ROS) hendak membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh tunjuk sebab daripada  PN dalam tempoh 30 hari.

‘’Adalah disahkan cadangan pembatalan tersebut terkait dengan aduan daripada Parti Bersatu terhadap PN berhubung suatu mesyuarat bertarikh 16 Julai 2026.

‘’PN juga susulan dari Notis di atas telah menerima suatu Perintah di bawah subseksyen 13(2A), Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan,’’ katanya.

Takiyddun berkata, kedua-dua notis dan perintah di atas diserahkan kepada PN secara berturut- turut pada 22 dan 23 September 2026, yang berkebetulan pada hari pengumuman dan kuat kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, PN menyeru ahli-ahli dan penyokongnya agar bertenang kerana perkara ini sedang diuruskan dengan sebaiknya dan PN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

‘’Sekaligus dengan ini PN mengeluarkan perintah larangan (gag order) berkuatkuasa serta merta kepada mana-mana pihak dari mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi pihak PN, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here