JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM-ROS) telah mengeluarkan notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dan suatu tempoh yang munasabah diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menjawab notis tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, JPPM menegaskan bahawa notis tersebut bertujuan untuk meminta PN memberikan penjelasan berkenaan aduan yang dilaporkan oleh parti Bersatu kepada JPPM dan notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran.
‘’Susulan notis tersebut, JPPM juga telah mengeluarkan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta 832 yang menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional berkuat kuasa 23 September 2026.
‘’ Perintah penggantungan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya, kata kenyataan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, JPPM menyeru semua pihak agar merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.





