Emas penantian 36 tahun: Malaysia tumbangkan Thailand di Sukan Asia

SKUAD sepak takraw lelaki negara melakar sejarah manis selepas menamatkan penantian 36 tahun untuk merangkul pingat emas acara regu berpasukan pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 petang ini.

Kejayaan cemerlang di Nagoya City Mizuho Arena itu menyaksikan Harimau Emas menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-0 sekali gus mengulangi pencapaian kejuaraan pada Sukan Asia Beijing 1990.

Mata pertama negara diraih hasil gandingan mantap Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias yang menewaskan trio Thailand 15-9, 5-15, 15-11.

Kemenangan penuh Malaysia kemudian dipastikan oleh regu kedua yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali menerusi keputusan ‘straight set‘ 15-13, 15-10.

Pencapaian hebat ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia berjaya menumbangkan skuad Gajah Putih dalam aksi final regu berpasukan selepas temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Kejayaan dramatik skuad takraw negara itu turut menyumbang pingat emas kesembilan secara keseluruhan buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia kali ini.

Menurut kem negara, kejayaan ini membuktikan kebangkitan semula dominasi takraw tempatan di pentas tertinggi Asia.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here