Najib tiba di Langgak Duta, mula jalani baki hukuman menerusi tahanan rumah

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.27 malam ini bagi menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Najib, 73, tiba dengan menaiki kenderaan jenis Proton X70 diiringi kawalan keselamatan selepas dipercayai dibawa keluar dari Penjara Kajang kira-kira jam 9 malam.

KENDERAAN membawa Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani perintah tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Ketibaannya disambut sekumpulan penyokong yang berkumpul di luar kediaman berkenaan dengan laungan ‘Hidup Bossku!’, selain kehadiran petugas media yang mula menunggu sejak jam 3 petang.

Terdahulu, Najib dibawa semula ke Penjara Kajang selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bagi urusan pentadbiran sebelum dipindahkan ke kediamannya.

Perkembangan itu menyusul keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin sebelum itu membatalkan perintah pelepasan terdahulu bertarikh 6 November lalu yang dibuat selepas pembayaran denda, sebelum menggantikannya dengan perintah baharu bersyarat.

Menerusi perintah berkenaan, Najib perlu menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan di kediamannya di Jalan Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Perintah itu dibuat selaras dengan pengampunan diraja bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here