ANGGOTA polis Sarjan Mohd Fadhil Mohamed @Ahadiah 40 yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu pulang ke rumah di kuarters Balai Polis USJ8, Subang Jaya awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pergerakan lelaki berusia 40 tahun itu memasuki kawasan kuanters balai tersebut kira-kira pukul 1.45 pagi dikesan oleh anggota polis daripada balai yang sama.
“Susulan itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pasukan penyiasat kemudiannya membawa anggota berkenaan ke Balai Polis USJ 8 dan memaklumkan kepada isterinya untuk hadir ke balai bagi membuat laporan pengesahan.
“Anggota terbabit kini berada dalam keadaan selamat dan sihat. Hasil siasatan mendapati sepanjang tempoh kehilangannya, beliau berada di beberapa masjid sekitar Morib, Banting dan Putra Heights,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah serta gagal dihubungi oleh ahli keluarganya sejak Rabu lalu.
Lelaki berkenaan, dikenali sebagai Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, kali terakhir dilihat berada di rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8 pada 15 Oktober.
UNDILAH |