BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyangka Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia secara mengejut semalam kerana Allahyarhamah kelihatan sihat sehari sebelumnya.
Dr.Mahathir menyatakan demikian ketika kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, ketika baginda berkenan menziarah untuk memberi penghormatan terakhir semalam.
“Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini (semalam). Beliau agak sihat malam tadi (kelmarin),” kata Dr.Mahathir.
Ketika upacara pengebumian Dr.Siti Hasmah, bekas Perdana Menteri berusia 101 tahun mengundang sebak rakyat Malaysia apabila berlinangan airmata ketika jenazah wanita yang dikahwininya sejak 70 tahun dimasukkan ke dalam liang lahad.

Kesedihan sudah pastilah dapat difahami memandangkan selama ini Allahyarhamah menjadi pendamping setia kepada Dr.Mahathir yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Sepanjang melaksanakan tanggungjawab untuk negara itu, Dr.Siti Hasmah sentiasa di sisi Dr.Mahathir ketika susah dan senang. Allahyarhamah bersama-sama meraikan kejayaan Dr.Mahathir dan menjadi penenang apabila Dr.Mahathir berhadapan cabaran.
Malah Dr.Siti Hasmah dikagumi kerana bijak menjaga diri ketika menjaga wanita pertama negara ketika Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan selepas itu 18 bulan.
Tidak pernah ada cerita buruk mengenai Allahyarhamah sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya Dr.Siti Hasmah dianggap ibu negara sejati yang sukar dicari ganti.
Allahyarhamah dihormati sebagai isteri, dikagumi sebagai ibu dan disanjungi sebagai tokoh wanita. Disebabkan kehebatan inilah ia memungkinkan bukan sahaja ikatan perkahwinan Allahyarhamah dengan Dr.Mahathir mencecah 70 tahun malah menjadi ‘azimat’ kepada Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri terhebat dalam sejarah negara.
Semoga Alllah SWT memberi ketabahan kepada Dr.Mahathir menghadapi dugaan amat hebat ini dan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Tun Dr.Siti Hasmah Mohd.Ali bersama-sama orang soleh. – Al-Fatihah.





