‘’Anak muda jangan tolak ansur perbuatan menyamun kekayaan negara’’ – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anak-anak muda perlu bangkit menolak perbuatan kelompok yang dianggap ‘menyamun’ kekayaan negara.

Tegas beliau, Malaysia bukan negara miskin sebaliknya mempunyai kekayaan dana dalam membantu semua golongan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun tegas Anwar, kekayaan itu tidak bermakna ketirisan boleh berlaku di negara ini.

“Saya tegaskan, negeri ini bukan miskin, negeri ini Alhamdulillah mempunyai kekayaan. Kalau hilang pun puluh-puluh bilion ini kerana amalan penyakit penyamun-penyamun itu,

“Dan anak-anak mesti bangkit tolak-tolak-tolak, jangan tolak ansur. Jangan jahanamkan negara ini, kita hapuskan penyamun-penyamun itu,” tegasnya  ketika berucap sempena majlis perasmian Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Dalam ucapan itu juga beliau yang Menteri Kewangan memberi bayangan kerajaan akan mengumumkan langkah bagi menangani isu kesusahan yang dihadapi dalam kalangan mahasiswa universiti.

Katanya,  perincian pengumuman itu akan dibuat ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat depan.

“Ada anak-anak di universiti kata kita nak belajar tapi kita lapar. Kita tumpukan itu, nanti saya umum masa Belanjawan nanti. Sabar dulu semuanya. Anak-anak miskin, tak mampu, terpaksa berhutang. Hal-hal ini kita kena dengar dan jawab,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here