Pembentangan Belanjawan 2027 diawalkan ke jam 3.30 petang Jumaat

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 pada Jumaat ini akan diawalkan ke jam 3.30 petang.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ramli Mohd Nor berkata, surat pemakluman perubahan masa itu sudah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

“Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027, yang mana pembentangan bacaan kedua diawalkan pada jam 3.30 petang hari Jumaat ini.

“Sehubungan itu, bagi kemudahan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam, solat Jumaat akan diadakan di dalam Parlimen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Buletin TV3.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here