DEWAN Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 28 September lalu.
Ucapan takziah itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ramli Mohd Nor pada pembukaan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima Parlimen ke-15 hari ini.
“Saya bagi pihak Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan Ketua Majlis serta keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,” katanya, lapor Buletin TV3.
Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.
Allahyarham dikebumikan di Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya melalui Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.




