SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia akibat strok haba selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Tanah Putih, Gua Musan Isnin lalu.
Sinar Harian melaporkan difahamkan, ibu bapa mangsa tidak menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu tertinggal di dalam kereta selepas mereka keluar bersarapan dan pulang semula ke rumah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 petang.
Menurut beliau, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang namun disahkan meninggal dunia.
“Hasil bedah siasat oleh Pakar Patologi Forensik mengesahkan punca kematian disebabkan strok haba (heat stroke),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Laporan Kematian Mengejut.
Choon Foo turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
“Pihak polis menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memastikan keselamatan anak-anak di bawah jagaan berada dalam pemantauan rapi,” katanya.
Beliau juga mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Gua Musang di talian 09-9121222.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4900″]


