Imigresen tawar pilihan pasport sah lima atau 10 tahun mulai esok

RAKYAT Malaysia kini boleh memilih tempoh sah laku lima atau 10 tahun bagi urusan pembaharuan Pasport Malaysia menerusi sistem MyOnline Passport bermula esok.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi kenyataan di Facebook hari ini berkata, penawaran dua pilihan tempoh sah laku itu bertujuan memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat mengikut keperluan masing-masing.

Inisiatif itu membolehkan pemohon menentukan tempoh penggunaan pasport yang bersesuaian dengan perancangan perjalanan serta urusan masing-masing.

Pada Ogos lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, jabatan itu menghentikan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pemegang pasport ketika melakukan perjalanan ke luar negara susulan beberapa kes yang tular sebelum ini.

Menurutnya, Imigresen sudah merujuk perkara berkenaan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan maklum balas diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here