POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas dipercayai memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 5.17 petang itu membabitkan dua buah lori dan tiga buah kereta.
“Siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dipandu secara melulu sebelum terbabas ke kanan jalan.
“Sebuah lori yang datang dari arah belakang kemudian melanggar beberapa kenderaan lain yang memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, susulan kejadian itu, pemandu terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4900″]


