Empat cedera dalam kemalangan libatkan  lori dan 11 buah kereta

EMPAT cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan 11 buah kereta lain dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman Shah Alam hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 4.30 petang,  sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Kejadian mengakibatkan seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan parah masing-masing pada bahagian kepala, manakala dua lagi mangsa lelaki lain cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, selain operasi melibatkan keanggotaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman memaparkan kejadian sebuah lori dipercayai telah memandu melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di persimpangan jalan raya terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here