Dua wanita rentung, kereta terbakar bertembung lori

DUA wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, petang tadi.

Mangsa ialah pemandu Perodua Myvi Siti Nur Batrisya Mohd Khalid dan penumpangnya Siti Nurmaisarah Abd Jalil, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohamed Salikin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.

“Kereta itu terbakar kira-kira 80% dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan. Bomba menjalankan kerja pemadaman sebelum mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Shamin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan rentung manakala tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki lori Isuzu tidak mengalami kecederaan.

Operasi yang melibatkan 16 anggota daripada BBP Ayer Hitam dan Yong Peng tamat pada 6.38 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here