‘’Dapatkan bantuan jika berdepan tekanan’’ – Fahmi

MENTERI Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak teragak-agak mendapatkan bantuan sekiranya berdepan tekanan atau bebanan dalam kehidupan seharian.

Beliau menekankan bahawa kesihatan mental perlu dijaga seiring dengan kesihatan fizikal, khususnya ketika berdepan tuntutan kerja, keluarga dan kehidupan seharian.

“Dalam kesibukan kerja, keluarga dan kehidupan seharian, jangan lupa untuk jaga kesihatan mental kita sepertimana kita menjaga kesihatan fizikal,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini.

Fahmi berkata, individu yang berasa terbeban, penat atau sukar meneruskan kehidupan bersendirian perlu bercakap dengan seseorang yang dipercayai dan mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan.

‘’Tindakan mengambil masa untuk berhenti seketika dan memberi ruang kepada diri sendiri bukan sesuatu yang salah, ‘’ katanya.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Okt setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kesihatan mental di seluruh dunia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here