Jerebu: Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia

TIADA syarikat ladang sawit Malaysia dikesan terbabit dalam aktiviti pembakaran di kawasan konsesi milik mereka di Indonesia susulan isu jerebu yang terus memberi kesan kepada negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, semakan silang dengan syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi sawit di Indonesia mendapati kebanyakan aktiviti pembakaran yang dikesan berlaku di luar kawasan konsesi berkenaan.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah ladang Genting Plantation seluas lima hektar di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada api merebak dari kawasan luar sebelum berjaya dipadamkan.

“Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan sesi libat urus khas dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan keperluan penyelarasan lebih baik bagi menangani isu jerebu, termasuk aktiviti sukan di luar bangunan serta pembukaan sekolah dan tempat pembelajaran.

Katanya, garis panduan sedia ada yang digunakan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa.

“Pada Isnin akan diadakan satu mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri dan antara lain isu jerebu akan dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai langkah menangani jerebu dijangka menyusul selepas mesyuarat itu, termasuk daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here