Program PeKa B40 akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat

CADANGAN pindaan program PeKa B40 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan meningkatkan keberkesanannya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) serta mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan program berkenaan yang akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat.

“Beberapa perkara sedang diselaraskan KKM bagi menambah baik program itu, termasuk penggunaan premis atau klinik yang terbabit dalam program berkenaan untuk membantu mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan.

“Maklumat penuh akan diumumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here