BEKAS Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmd mengakui beliau merupakan antara individu yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.
Dalam kenyataan di Facebook beliau, Nik Nazmi berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu ini dan menjelaskan pada mula mereka mengadakan perbincangan di studio di Brickfields, Kuala Lumpur.
‘’Kkemudian (kami) memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya kerana ingin melihat beberapa bahan berkaitan dengan projek yang kami bincangkan.
‘’Pada masa pegawai JAIS tibasememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka,’’ katanya.
Beliau memohon maaf kepada isteri dan keluarganya serta semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku.
‘’Saya akan memberikan kerjasama untuk sebarang proses perundangan. Saya juga memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong BERSAMA, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti.
‘’Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media,’’ katanya.





