Wanita baru bercerai disyaki berkhalwat dengan dua lelaki

SEORANG wanita yang baru beberapa bulan bercerai ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki di sebuah hotel, di Johor Bahru, semalam.

Wanita berusia 20 tahun itu ditahan bersama dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 18 tahun kira-kira jam 11.05 malam ketika penguat kuasa menjalankan operasi berkala di sekitar bandar berkenaan.

Menurut JAINJ, penguat kuasa menunggu kira-kira tujuh minit sebelum pintu bilik hotel itu dibuka seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan seluar panjang.

“Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita berbaring di atas katil, manakala seorang lagi lelaki berada di atas tilam yang diletakkan di lantai.

“Ketiga-tiga mereka didapati bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram. Ketika ditanya mengenai tujuan berada di bilik hotel berkenaan, mereka memberikan alasan hanya untuk berehat,” menurut kenyataan itu.

JAINJ memaklumkan, ketiga-tiga individu berkenaan dipercayai tinggal tidak jauh dari hotel terbabit, dengan seorang berasal dari Muar manakala dua lagi dari Tangkak.

“Semakan mendapati wanita terbabit berstatus janda yang baru bercerai, manakala kedua-dua lelaki berkenaan masih bujang.

“Ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Muar mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan berkhalwat,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here