‘Datang bantu masak, kemas rumah’ alasan janda dicekup khalwat

SEORANG wanita berstatus janda ditahan khalwat bersama seorang lelaki bujang di sebuah pangsapuri di daerah Johor Bahru pada jam 1.50 pagi, semalam.

Pasangan berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima aduan awam.

JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan mendapati pintu utama dan jeriji rumah berkenaan berkunci sebelum seorang lelaki membuka pintu selepas loceng ditekan beberapa kali.

“Pasangan ini mengaku mereka bukan suami isteri dan bukan juga adik-beradik atau mahram.

“Lelaki terbabit masih bujang dan bekerja di Johor Bahru, manakala wanita itu berusia lingkungan 40-an, berstatus janda anak satu dan turut bekerja di kawasan sama,” katanya.

Menurut JAINJ, rumah tiga bilik berkenaan disewa lelaki terbabit yang mendakwa tinggal seorang diri, manakala wanita itu dikatakan kerap datang ke rumah berkenaan pada waktu malam.

“Wanita itu memberi alasan datang untuk membantu memasak dan mengemas rumah. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat makanan di dapur dan rumah juga berada dalam keadaan kemas.

“Bagaimanapun, berdasarkan aduan diterima, wanita berkenaan dikatakan beberapa kali datang pada waktu malam dan keluar sekitar jam 6 pagi keesokan harinya.

“Pasangan ini turut merayu supaya tidak ditahan dengan alasan mereka tidak melakukan sebarang maksiat,” katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa menjelaskan perbuatan berkurung atau berada bersama bukan mahram dalam keadaan sedemikian boleh menjadi kesalahan khalwat mengikut peruntukan undang-undang syariah Johor.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here