UMNO tidak letak Wawasan setara Pas  – Hisommudin

KEDUDUKAN  Wawasan dalam perundingan kerusi di Melaka bergantung pada sejauh mana UMNO mengiktiraf kekuatan parti berkenaan.

Pengarah Eksekutiff Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, UMNO dilihat tidak meletakkan Wawasan pada kedudukan yang setara dengan Pas dari segi pengaruh, jentera dan keupayaan menggembleng pengundi.

 Katanya,  perbezaan penilaian ini menyebabkan ruang tawar-menawar Wawasan lebih terbatas, khususnya apabila UMNO dan Pas menjadi pihak utama yang menentukan bentuk kerjasama.

‘’ Kenyataan sebahagian pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, yang memperlihatkan keterbukaan terhadap Pas, memberikan isyarat bahawa penerimaan tersebut tidak semestinya diperluaskan kepada Wawasan,.

‘’Dalam konteks perundingan kerusi, pendirian ini boleh dibaca sebagai kecenderungan mengetepikan tuntutan Wawasan. Ertinya, hubungan Wawasan dengan Pas sahaja belum memadai untuk menjamin penerimaan UMNO terhadap penyertaan parti itu (Wawasan),’’ kata kepada utusanmelayuplus.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Wawasan Datuk Seri Hamzamh Zainuddin yang menegaskan, parti itu berhasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Menurut Hamzah, kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) melalui Bersatu  pada PRN Melaka 2021 justeru Wawasan yang juga komponen perikatan tersebut mahu mempertahankannya.

Mengulas lanjut,  Hisommudin berkata,  hujah bahawa DUN Sungai Udang dan Bemban merupakan milik Wawasan perlu diperhalusi.

‘’Kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut dicapai atas tiket Bersatu dalam Perikatan Nasional, dengan sokongan jentera dan pengundi gabungan ketika itu.  Oleh itu, kemenangan tersebut tidak boleh dipindahkan secara automatik menjadi hak politik Wawasan, kerana kekuatan sesebuah parti perlu dinilai berdasarkan keupayaan semasanya,’’ katanya.

Kata beliau, dalam perkiraan UMNO  malah berkemungkinan sebahagian pemimpin Pas, Wawasan belum membuktikan bahawa parti itu mempunyai kekuatan yang setanding dengan Bersatu ketika kemenangan tersebut dicapai.

 ‘’Justeru, Wawasan perlu mengemukakan justifikasi yang lebih jelas, termasuk kekuatan organisasi, penerimaan calon, sokongan akar umbi dan keupayaan menyumbang undi,’’ katanya.

     Dari segi optik politik, kata Hisommudin, Wawasan perlu dilihat sebagai rakan yang mampu membantu kemenangan bersama untuk membolehkan tuntutannya diberikan pertimbangan sewajarnya.

   ‘’Sekiranya kekuatan itu dapat dibuktikan, Wawasan mempunyai asas yang lebih kukuh untuk menuntut ruang dalam perundingan. Namun, jika justifikasi tersebut masih lemah, pendekatan yang lebih realistik ialah menerima kerusi yang dipersetujui UMNO dan Pas sebagai tapak membina pengaruh,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam politik perundingan, tuntutan perlu sepadan dengan sumbangan yang mampu diberikan kedudukan Wawasan akhirnya ditentukan oleh sejauh mana kehadirannya diperlukan untuk memenangi pilihan raya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here