Karnival HPM Edisi Sabah 2026 di Kota Kinabalu Jumaat hingga Ahad ini

KARNIVAL Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Edisi Sabah 2026 yang akan diadakan  Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu pada Jumaat hingga Ahad ini   menyediakan pelbagai aktiviti menarik merangkumi hiburan, keusahawanan dan peluang perniagaan untuk orang ramai.

Karnival itu dijadualkan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, dengan kemasukan percuma kepada semua pengunjung.

Antara tarikan utama ialah persembahan konsert XPDC, Velvet Aduk dan Datuk Francis Landong, selain persembahan Borneo Beat serta Malam Gema Rohani yang dijangka memeriahkan suasana sepanjang penganjuran acara berkenaan.

Selain hiburan, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berkaitan keusahawanan, termasuk townhall keusahawanan, sesi perkongsian melalui Pocket Talk, permainan Kahoot dan cabutan bertuah.

Karnival itu turut menyediakan kemudahan konsultasi pembiayaan dan latihan bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat berkaitan peluang pembangunan perniagaan. Jualan MADANI KUSKOP (Kementerian Usahawan dan Koperasi) juga akan diadakan sebagai antara tarikan kepada pengunjung.

Majlis perasmian karnival dijadualkan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor  pada Ahad.

Orang ramai, khususnya penduduk Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya, dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan karnival tersebut.

Penganjuran Karnival HPM Edisi Sabah 2026 diharap dapat menyediakan platform untuk memperkenalkan peluang keusahawanan, menghubungkan golongan itu dengan pelbagai inisiatif serta menggalakkan sokongan terhadap perniagaan tempatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here