Wanita Indonesia melecur seluruh badan akibat didera, enam orang termasuk majikan ditahan

POLIS  menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Pusat Perniagaan Oren, Jalan Merbau di Butterworth hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata serbuan kira-kira 6.30 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan bantuan JSJ IPK Pulau Pinang.

“Serbuan yang dijalankan di premis itu susulan kejadian kes penderaan seorang wanita warga Indonesia yang mengalami kecederaan melecur di seluruh badan selepas dipercayai didera majikannya di Jalan Besar Kampung Tumbok, Tanjong Sepat pada 16 Okt lepas.

“Mangsa telah diselamatkan dan susulan itu polis menahan enam lelaki termasuk majikan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here