Lelaki disambung reman tiga hari kes khianat masjid

SEORANG lelaki disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan, Tumpat.

Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Suspek direman dari 21 hingga 23 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.20 pagi sebelum meninggalkan bangunan itu dengan menaiki kenderaan polis pada jam 10.20 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Kampung Berangan dimasuki seorang lelaki pada pagi 5 Oktober lalu.

Lelaki itu dipercayai membawa tong berisi cecair berwarna coklat kehijauan sebelum menuangnya di ruang solat lelaki, termasuk di atas meja ceramah.

Cecair berkenaan dipercayai mengandungi campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat, menyebabkan kontraktor pencuci terpaksa melakukan proses sertu di hampir keseluruhan ruang tingkat bawah masjid berkenaan.

Suspek dilaporkan datang ke masjid dengan menunggang motosikal sebelum memecahkan pintu kaca dan menuangkan cecair daripada tong yang dibawanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here