Murid Tahun Satu meninggal dunia selepas sesak nafas dalam kelas

SEORANG murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah dekat Dengkil, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di Hospital Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi hari ini, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kejadian tersebut.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar A/L Tharuma Rethinam, menerusi talian 011-11021528.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here