Pendaftaran PN dibatal : Gerakan,MIPP mungkin hadapi masalah penggunaan logo

PAKAR Geostrategis Prof.Dr Azmi Hassan berkata, pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan mendatangkan masalah kepada Gerakan dan MIPP dari segi penggunaan logo.

Katanya, Pas mungkin tiada masalah untuk menggunakan logo sendiri tetapi bagi Wawasan dan parti-parti lain yang berada dalam PN sebelum ini terutamanya Gerakan dan juga MPIP sekiranya mereka bertanding dalam masa hadapan ataupun di Melaka, perkara itu mungkin mendatangkan masalah.

‘’Sebelum ini timbul isu bahawa Pas dan Wawasan akan menggunakan logo Barisan Nasional. Namun bagi saya, sukar untuk perkara itu terlaksana kerana sudah pasti logo Pas itu akan digunakan oleh rakan-rakan PN sebelum gabungan baharu ditubuhkan bagi menggantikan PN,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Dr.Azmi berkata, penggunaan lain selain PN akan merencatkan Wawasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kerana logo gabungan itu sudah dikenali ramai.

‘’Kalaulah Wawasan menggunakan logo Pas, ia memperlihatkan kebergantungan yang sangat tinggi kepada Pas. Hakikatnya hal itu memang betul, kerana dari segi logo, masih ramai yang belum mengenali Wawasan.

‘’Bagaimanapun hakikatnya, rencatan tersebut dikatakan tidak akan memberi impak negatif yang besar kepada Pas mahupun Wawasan bagi PRN itu,’’ kata beliau.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here