Waze: Kerajaan tidak kompromi soal risiko keselamatan, kedaulatan negara

KERAJAAN tidak akan berkompromi terhadap sebarang risiko keselamatan dan kedaulatan negara yang melibatkan Israel, termasuk penggunaan aplikasi navigasi Waze yang dikaitkan dengan rejim itu.

Dalan satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan,  perlindungan data rakyat dan maklumat negara sentiasa menjadi keutamaan, termasuk dalam menilai implikasi penggunaan aplikasi yang tertakluk kepada undang-undang serta bidang kuasa Israel.

“Kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi navigasi Waze, khususnya apabila terma penggunaannya memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah rejim itu bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya,” kata kenyataan itu.

MKN berkata, maklumat lokasi dan corak pergerakan pengguna ialah data sensitif yang memerlukan perlindungan sewajarnya, terutama apabila membabitkan urusan rasmi serta kepentingan strategik negara.

‘’MKN mengingatkan orang ramai bahawa kemudahan yang ditawarkan teknologi tidak seharusnya mengatasi keutamaan keselamatan negara, memandangkan profil pergerakan pengguna merupakan data yang berisiko,’’ kata kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, MKN menyarankan penjawat awam dan rakyat Malaysia beralih kepada aplikasi navigasi tempatan seperti Tuju yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), atau aplikasi tempatan lain yang bersesuaian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here