Rundingan muktamad! BN tanding 21 kerusi, Pas dan rakan-rakan 7 kerusi

TEKA-teki siapakah yang akan menjadi pilihan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 Novemberi ini,terjawab apabila Pengerusinya Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, parti itu  akan bekerjasama dengan Pas dan rakan-rakan

Sehubungan itu kata beliau, BN akan bertanding 21 daripada 28 kerusi manakala Pas dan sekutunya akan bertanding di tujuh kerusi.

Pada PRN Melaka 2021, 21 kerusi yang dimemenangi  oleh BN ialah  Kuala Linggi (UMNO), Tanjung Bidara (UMNO), Ayer Limau (UMNO), Lendu (UMNO) Taboh Naning (UMNO), Rembia (UMNO), Gadek (MIC), Machap Jaya (MCA), Durian Tunggal (UMNO), Asahan (UMNO), Pantai Kundor (UMNO), Paya Rumput (UMNO), Kelebang (MCA), Pengkalan Batu (UMNO), Ayer Molek (UMNO), Duyong (UMNO), Telok Mas (UMNO), (UMNO), Serkam (UMNO), Merlimau (UMNO) dan Sungai Rambai (UMNO).

Tujuh lagi kerusi yang kemungkinan akan ditawarkan kepada Pas dan sekutunya ialah Sungai Udang, Bemban, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“Perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan. Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan Pas bersama rakan-rakan mereka akan bertanding di tujuh kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas  program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah malam ini.

Ahmad Zahid berkata, BN akan menggunakan logo sendiri pada PRN berkenaan, manakala keputusan berkaitan penggunaan logo Pas diserahkan kepada kepimpinan parti itu untuk diputuskan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan BN akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada 24 Oktober ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here