![]()
TEKA-teki siapakah yang akan menjadi pilihan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 Novemberi ini,terjawab apabila Pengerusinya Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, parti itu akan bekerjasama dengan Pas dan rakan-rakan
Sehubungan itu kata beliau, BN akan bertanding 21 daripada 28 kerusi manakala Pas dan sekutunya akan bertanding di tujuh kerusi.
Pada PRN Melaka 2021, 21 kerusi yang dimemenangi oleh BN ialah Kuala Linggi (UMNO), Tanjung Bidara (UMNO), Ayer Limau (UMNO), Lendu (UMNO) Taboh Naning (UMNO), Rembia (UMNO), Gadek (MIC), Machap Jaya (MCA), Durian Tunggal (UMNO), Asahan (UMNO), Pantai Kundor (UMNO), Paya Rumput (UMNO), Kelebang (MCA), Pengkalan Batu (UMNO), Ayer Molek (UMNO), Duyong (UMNO), Telok Mas (UMNO), (UMNO), Serkam (UMNO), Merlimau (UMNO) dan Sungai Rambai (UMNO).
Tujuh lagi kerusi yang kemungkinan akan ditawarkan kepada Pas dan sekutunya ialah Sungai Udang, Bemban, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
“Perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan. Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan Pas bersama rakan-rakan mereka akan bertanding di tujuh kerusi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah malam ini.
Ahmad Zahid berkata, BN akan menggunakan logo sendiri pada PRN berkenaan, manakala keputusan berkaitan penggunaan logo Pas diserahkan kepada kepimpinan parti itu untuk diputuskan.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan BN akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada 24 Oktober ini.





