Empat cedera, BMW bertembung lori tangki minyak di Jambatan Pulau Pinang

EMPAT individu cedera selepas kereta BMW dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 12.13 pagi ketika kenderaan itu melalui laluan dari tanah besar menghala ke pulau.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata semua mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

“Pemandu lori tangki berusia 53 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Seramai 12 anggota bomba bersama sebuah jentera dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba turut membersihkan sisa kemalangan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.11 pagi.

Polis dan kakitangan PLUS turut membantu di lokasi kejadian.

“Seorang daripada mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai lelaki berusia 44 tahun, manakala identiti tiga lagi mangsa belum diperoleh,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here