PRN Melaka: Logo Pas jadi alternatif PN – Sanusi

PERIKATAN Nasional (PN) bersedia menggunakan logo Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya tidak dapat menggunakan logo gabungan itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PN tidak mempunyai masalah untuk bertanding menggunakan mana-mana logo, sama ada PN atau Pas.

“Kita akan hadapi PRN Melaka tidak lama lagi. Kalau tidak boleh guna logo PN, kita pakai logo Pas, bersedialah. Kita tidak ada sebarang masalah.

“Alhamdulillah, mahkamah beri penangguhan kepada pembatalan yang dibuat secara haram kepada PN. Keputusan mahkamah memberi ruang kepada PN untuk terus bergerak sebagai gabungan yang sah.

“Di Kelantan dan di seluruh negara, pencinta penyatuan ummah mahu melihat kerjasama itu diteruskan tanpa mengira logo yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) di Kota Bharu malam ini, lapor BH.

Yang turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Muhammad Sanusi berkata, kerjasama atas nama penyatuan ummah sebelum ini didakwa berjaya menewaskan Pakatan Harapan (PH), termasuk di Johor dan Negeri Sembilan dan beliau yakin kerjasama itu mampu diulangi di Melaka.

“Kerjasama kita atas nama penyatuan ummah akan ‘meranapkan’ PH. Semua ini akan membawa kita masuk ke PRU-16 sebagai Kerajaan Persekutuan yang menanti,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here