Jururawat tak mengaku palsukan 10 sijil sakit

SEORANG jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Pekan, hari ini, atas pertuduhan memalsukan 10 sijil sakit (MC) yang didakwa menggunakan nama pegawai perubatan sebuah klinik komuniti, antara Mac hingga April lalu.

Tertuduh, Zaleha Ismail, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Mengikut pertuduhan, Zaleha didakwa memalsukan 10 sijil sakit yang kononnya dikeluarkan pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan, lapor harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman memaklumkan pihak pendakwaan tidak berhasrat menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah.

Beliau mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berdasarkan keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Deniel Roslan yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM3,500 sebulan dan perlu menyara keluarga.

Beliau berkata, suami tertuduh menghidap angin ahmar.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 November ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh turut diperintahkan melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan setiap Rabu sehingga perbicaraan selesai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here