Jururawat maut dipercayai terkena renjatan elektrik pemanas air

SEORANG jururawat maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Pangkal, Machang, petang semalam.

Mangsa berusia 46 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang sebelum dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Azman Yacob mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img