Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis terlepas hukuman mati, dipenjara 7 tahun 6 bulan

PEGAWAI kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati apabila pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang dihadapinya sebelum ini dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Mohd Nazri, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM50,000 manakala hukuman penjara berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 15 Disember 2023, lapor Sinar Harian.

ALLAHYARHAM Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie

Terdahulu, mahkamah meminda pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(b) kanun sama selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Pada 18 Disember 2023, Mohd Nazri yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa membunuh Muhammad Zaharif, 17, dengan mengetahui perbuatannya berkemungkinan menyebabkan kematian mangsa.

Perbuatan itu didakwa berlaku di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here