Empat lelaki didenda RM3,000 setiap seorang terbabit ‘love scam’

EMPAT lelaki warga tempatan masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini selepas mengaku bersalah berpakat melakukan penipuan dalam talian membabitkan sindiket love scam.

Tertuduh, Ho Kui Ming, 33; Edmund Yii Kan Xi, 26; Choo Xin Thuan, 33; dan Tiong Weng Chiong, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Razali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berpakat melakukan aktiviti penipuan dalam talian yang menyalahi undang-undang di sebuah premis di Taman Alma Indah, dalam daerah Seberang Perai Tengah, kira-kira jam 11.15 malam pada 19 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 120B(1) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun mengendalikan pendakwaan, manakala dua tertuduh diwakili peguam Ima Shakira Mohd Salim dan dua lagi oleh Chiang Kian Hong.

Ketika prosiding, kedua-dua peguam memohon hukuman denda minimum dengan alasan anak guam mereka mengaku bersalah pada peringkat awal, sekali gus menjimatkan masa dan kos perbicaraan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap setiap tertuduh. Mereka boleh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here