Pekerja sauna warga China didenda RM10,000 tinggal lebih masa

SEORANG pekerja sauna warga China didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini selepas mengaku bersalah tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan.

Jiang Hui, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, lapor BH.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, Jiang menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, Jiang didakwa tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh yang dibenarkan tanpa alasan munasabah di sebuah pusat sauna di Jalan Mohd Salleh, pada jam 5.30 petang, 26 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama, yang memperuntukkan denda minimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, polis menyerbu pusat sauna berkenaan dan menahan tertuduh selepas pemeriksaan mendapati dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan pas lawatan sosial tertuduh sudah tamat tempoh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here