ADUN Mata Ayer meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, pada jam 4.26 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim menerusi hantaran di Facebook Pas Negeri Perlis.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Mohamad Zahid turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Wan Badariah yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi DUN Mata Ayer dengan memperoleh 4,419 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Siti Berenee Yahya yang memperoleh 2,398 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Amran Kamaruddin dengan 794 undi, sekali gus memperoleh majoriti 2,021 undi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here