Kejayaan enam pelajar FOCI City University Malaysia buktikan bidang kreatif bukan sekadar bakat

MAJLIS konvokesyen kali ini merupakan satu detik yang amat bermakna bukan sahaja kepada para graduan, malah kepada seluruh warga City University Malaysia.

Secara keseluruhan, universiti meraikan kira-kira 1,000 lebih orang graduan pada Sabtu lalu..

Menariknya, enam orang pelajar terbaik daripada Fakulti Industri Kreatif (FOCI) turut menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang mereka.

Menurut Dekan Fakulti Industri Kreatif, Prof. Madya Dr. Nadia Nasir, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan pensyarah dan seluruh warga FOCI dalam membimbing pelajar untuk mencapai kecemerlangan.

“Kami bukan sahaja memberi penekanan kepada pencapaian akademik, tetapi turut memastikan graduan mempunyai kemahiran kreatif, pemikiran kritis, keupayaan digital dan kesediaan untuk menghadapi cabaran industri kreatif yang sentiasa berkembang,” katanya.

Tambah beliau, perkara yang paling membanggakan pada majlis kali ini ialah melihat para pelajar yang telah melalui pelbagai cabaran sepanjang pengajian akhirnya berjaya menamatkan perjalanan akademik mereka.

“Kejayaan mereka membuktikan bahawa bidang kreatif bukan sekadar bergantung kepada bakat, tetapi turut memerlukan disiplin, ketekunan, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi,” jelasnya.

Sebagai sebuah fakulti yang memberi tumpuan kepada industri kreatif, aspirasi FOCI adalah untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dan berdaya saing, tetapi juga kreatif, inovatif serta mempunyai semangat keusahawanan.

Mengulas lanjut, Prof. Madya Dr. Nadia berkata, konvokesyen bukanlah pengakhiran kepada perjalanan seseorang pelajar, sebaliknya permulaan kepada fasa baharu untuk mereka mengembangkan potensi, mencipta peluang dan memberi sumbangan kepada industri serta masyarakat.

“Kami berharap para graduan dapat membawa ilmu, kemahiran dan nilai profesionalisme yang diperoleh sepanjang pengajian untuk menyumbang kepada industri dan masyarakat,” katanya mengakhiri temubual.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here