Empat lelaki ditahan, enam kes curi kabel tembaga selesai

POLIS menahan empat lelaki bagi menyelesaikan enam kes kecurian kabel tembaga di sekitar Batu Niah sejak September lalu yang mengakibatkan kerugian melebihi RM148,500.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima enam laporan berhubung kejadian itu dari awal September hingga penghujung Oktober lalu.

Menurutnya, hasil risikan membawa kepada penahanan dua lelaki warga asing berusia 37 dan 47 tahun di kawasan Sepupok, Batu Niah, kira-kira jam 11.10 malam pada 26 Oktober lalu.

“Siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa kepada penahanan dua lagi lelaki tempatan berusia 32 dan 36 tahun.

“Kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rambai, Bekenu, pada 31 Oktober lalu, kira-kira jam 12.20 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai menyasarkan lokasi sunyi untuk memotong kabel tembaga sebelum menjualnya kepada pihak tertentu.

Menurutnya, suspek kemudian membawa polis ke sebuah premis barangan lusuh di Batu Niah Town District, Miri.

Pemeriksaan di premis berkenaan membawa kepada rampasan tiga guni berisi kabel tembaga yang dipercayai dicuri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here