Lelaki melecur, rumah dan 8 motosikal musnah terbakar

Seorang lelaki berusia 31 tahun melecur manakala rumah didiaminya di Kampung Kuala Bekah, Kepala Batas, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu turut mengakibatkan lapan motosikal dan beberapa kereta yang diletakkan di dalam serta luar pekarangan rumah berkenaan musnah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda bersama BBP Kepala Batas kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa lelaki berusia 31 tahun mengalami kecederaan melecur dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.49 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 9 pagi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here