Pinjaman baharu kerajaan turun RM24.4 bilion dalam tempoh tiga tahun – Anwar

KERAJAAN MADANI berjaya mengurangkan jumlah pinjaman baharu daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM75.6 bilion tahun lalu, mencerminkan usaha berterusan mengawal pertambahan beban kewangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah pinjaman baharu kerajaan menunjukkan trend penurunan sejak 2023 apabila berkurangan kepada RM92.6 bilion, sebelum mencatat RM76.8 bilion pada 2024 dan terus menyusut kepada RM75.6 bilion pada 2025.

Beliau berkata, pengurangan itu penting kerana kerajaan bukan sahaja perlu menguruskan pinjaman baharu, malah turut menanggung komitmen pembayaran hutang terdahulu.

“2021-2022, hutangnya itu RM100 bilion. 2023, RM92.6 bilion. 2024, RM76.8 bilion. Turun lagi 2025, RM75.6 bilion.

“Yang pentingnya hutang, kerajaan berhutang tapi ada hutang yang tanggungan kita harus bayar yang lama,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How, mengenai kedudukan hutang negara dan kemampuan fiskal kerajaan berdepan kemungkinan konflik di Asia Barat pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, perkembangan positif itu turut dapat dilihat menerusi nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang dijangka menurun kepada 63 peratus pada 2027 berbanding 65.2 peratus sebelum ini.

Menurut beliau, pinjaman baharu kerajaan ketika ini juga jauh lebih rendah berbanding paras sebelumnya dan digunakan bagi membiayai pembangunan negara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here