Dua bulan untuk selesai roboh 216 jeti haram di sempadan Kelantan-Thailand

PEROBOHAN 216 jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand dijangka selesai secara keseluruhan dalam tempoh dua bulan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kerja meroboh jeti itu yang bermula hari ini di Rantau Panjang akan berterusan dilakukan secara berperingkat sehingga selesai.

Katanya, hasil semakan dan pemeriksaan, pihaknya mendapati secara keseluruhan terhadap 223 jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan bermula dari Tumpat hingga Jeli dengan 216 berada dalam tanah kerajaan manakala tujuh jeti dibina atas tanah persendirian.

“Alhamdulillah hari ini adalah projek rintis meroboh jeti pangkalan haram selepas sekian lama saya bercakap berkenaan isu ini.

“Kita mulakan perobohan di pangkalan haram MCA dan Parking atau Gergaji terlebih dahulu sebelum ke lokasi seterusnya. Kita jangkakan proses meroboh mengambil masa selama dua bulan untuk selesai sepenuhnya.

“Buat masa ini kita fokus pangkalan haram di tanah kerajaan terlebih dahulu sebelum meroboh milik individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan operasi rintis meroboh pangkalan haram di Rantau Panjang, lapor Buletin Utama TV3.

Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Nik Raisnan Daud serta Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju.

Beliau berkata, dengan perobohan jeti itu selain larangan rentas sempadan yang dikuatkuasakan sejak Disember tahun lalu, kegiatan penyeludupan dijangka berkurangan selepas ini.

“Saya yakin kesemua penduduk setempat sudah sedia maklum berhubung perobohan jeti haram ini kerana saya sudah bercakap isu ini hampir setahun.

“Jadi saya yakin penduduk menerima baik perkara ini termasuk penduduk di Thailand,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img