IBU bapa kepada kanak-kanak lelaki yang lehernya dikelar menggunakan pisau direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini, bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 41 tahun dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini sehingga esok, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, pasangan terbabit tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah untuk prosiding reman, lapor Harian Metro Online.
Kedua-dua suspek ditahan 4 petang semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu polis melengkapkan siasatan.


