Polis buru sekumpulan lelaki bertopeng samun berparang kedai makan

POLIS kini memburu sekumpulan lelaki bertopeng dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Sungai Jarom, Kuala Langat, Selangor petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 48 tahun sekitar 7 malam.

Katanya, pengadu merupakan peniaga kedai makan itu mendakwa didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dan bertindak menyamun mangsa.

“Dalam kejadian itu, tiga suspek menutup muka dengan bertopeng memasuki kedai terbabit sebelum bertindak melarikan beberapa barang kemas milik pengadu.

“Kesemua suspek itu masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta jenis Perodua Bezza atau Proton Saga dengan warna dan no pendaftaran tidak pasti.

“Dalam kejadian itu, suspek telah mengambil seutas rantai leher emas milik suami pengadu serta dua utas rantai emas dan dua bentuk cincin emas milik mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu dan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img