Pelaburan diluluskan RM350.4 bilion jana 152,090 peluang pekerjaan baharu – PM

MALAYSIA merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM350.4 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 20.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu dijangka menjana sebanyak 152,090 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, peningkatan pelaburan berkenaan mencerminkan keyakinan tinggi pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan politik, kejelasan dasar serta hala tuju Ekonomi MADANI.

Menurutnya, kejayaan menarik pelaburan bukan sekadar dinilai berdasarkan jumlah yang diluluskan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang dapat dirasai rakyat.

“Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus memastikan setiap pelaburan ini direalisasikan menjadi pekerjaan berkualiti, memacu industri tempatan serta memberi limpahan ekonomi yang benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Anwar berkata, usaha memastikan pelaburan yang diluluskan dapat direalisasikan penting bagi menjamin peluang pekerjaan berkualiti selain memperkukuh pertumbuhan industri tempatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here