POLIS sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penipuan tawaran pakej perkahwinan yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM27,490.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, sebanyak 15 laporan polis diterima daripada beberapa mangsa berhubung kes berkenaan dalam tempoh 19 hingga 20 April lalu.
“Wanita terbabit dikenal pasti sebagai Nurul Afza Shazlan, 26, dan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Jalaluddin menerusi talian 013-2793799 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.





